Arkib

Archive for the ‘Cuti’ Category

Bursa Hari Ini

26 September 2012 Tinggalkan komen

Lama saya tidak menulis sebarang post untuk blog…sebenarnya buat masa ini terlalu bz melakukan eksperimen utk study phd saya…jadi tu yg agak kurang menulis sebulan dua ini…masih belum dapat sesuaikan diri dgn time management yg baru…


Apa pun hari ni saya hanya dapat kongsikan carta dana syariah index untuk tatapan semua…

Travel…nak kongsi juga…airasia dan airasia x baru saja habis promosi mega sales…saya sempat beli tiket ke tehran, return RM673 sahaja…ini trip utk Mei 2013…tapi destinasi sebenar adalah istanbul…dari tehran sambung flight ke istanbul dengan pegasus…anda bagaimana?

Hartanah pula…baru masukkan cek jualan 1 unit tahun 2011…perlu ada kesabaran menunggu, kerana hasil jualan kena tunggu 1 tahun dalam bidang hartanah ni…profit sekitar 50 – 60% untuk unit ni, tempoh 2 tahun….syukur…

KLCI Hari Ini

8 Mei 2012 2 comments

Saya baru kembali ke tanah air, selepas cuti seminggu di negara matarahi terbit. Jadi minggu lepas, blog ni senyap saja. Tidak sempat untuk moderate comment. Pagi ni baru start tengok screen semula.

Masih terlalu awal untuk menjangkakan arah pergerakan KLCI hari ini. Kelmarin, Isnin, KLCI jatuh menjunam selaras dengan pasaran saham serantau. Malam tadi saham di US tidak banyak pergerakan, manakala di Eropah pula pulih sedikit. Kemungkinan besar KLCI akan bertahan pada paras 1585 hari ini.

Gambar-gambar yang saya ambil di sekitar Tokyo, Kyoto dan Osaka.

Vending machine untuk minuman sejuk dan panas di sebuah perhentian bas ekspress Tokyo ke Kyoto.

Dinding Masjid Tokyo.

Rujuk peta di stesen sebelum meneruskan perjalanan.

Pemandangan malam Tokyo dari bangunan Roponggi Hills Mori Tower (ke-5 tertinggi di Tokyo).

Signboard larangan menggunakan botol, mesti guna cawan yang disediakan. Funny English, direct translation memang biasa digunakan di seluruh Japan.

Naik shinkansen, keretapi laju dari Osaka kembali ke Tokyo. Ambil masa 2 jam 30 minit.

Suasana dalam Subway di Tokyo. Sentiasa penuh, walaupun subway datang setiap 5 minit.

Castle di Disneyland Tokyo.

Anak dara Tokyo mempersembahkan Karate semasa ujian di Osaka Castle Park.

Lampu neon di Dotonbori Street, Osaka.

Turutan eskalator tertinggi di dunia di Kyoto Station.

Kategori:Cuti, Macam-macam