Arkib

Archive for 10 Ogos 2007

Forbes: Senarai PALING KAYA di dunia

10 Ogos 2007 4 comments

Menurut Majalah Forbes yang mengeluarkan senarai terkaya berdasarkan pungutan data terakhir pada 9 Februari 2007, Bill Gates masih lagi menjadi orang terkaya di dunia selama 13 tahun dengan $56 bilion, diikuti oleh rakan karibnya Warren Buffett dengan $52 bilion. Mereka diikuti rapat oleh Carlos Slim Helu dari dengan nilai $49 bilion. Rusia kini mempunyai 53 orang billionaire (kurang 2 daripada Jerman), tetapi mengumpul kekayaan bernilai $282 bilion (melebihi $37 bilion daripada Jerman). Di Asia pula, India mempunyai 36 dengan kekayaan bernilai $191 bilion, diikuti dengan Jepun dengan 24 dengan nilai $64 bilion.