Untung Maksima dengan Easy-ASB

11 Januari 2012 13 comments

Bagi bakal pelabur yang masih tercari-cari pakej asb loan yang memberi pulangan maksimum. Easy-ASB oleh RHB mungkin sesuai untuk anda, kerana ia menawarkan asb loan yg anda hanya perlu bayar interest sahaja untuk beberapa tahun pertama (bergantung kpd locking period dalam offer letter). Oleh itu, bayaran ansuran bulanan adalah yg paling rendah berbanding pakej asb loan yg lain. Kesannya, peratus pulangan adalah yg paling tinggi kerana modal rendah tapi pulangan dividen dan bonus adalah sama dengan pakej asb loan yg lain.

Categories: ASB

BSB Timer

18 Januari 2012 Tinggalkan komen

Pada 17 Jan 2012, dana BSB Timer melakukan transaksi switching drp dana bond As-Saad kpd dana ekuiti Syariah Index.

Admin berpendapat, KLCI masih bullish selaras dgn rally tahun baru cina utk short term. Target KLCI mencapai paras 1530 dan seterusnya 1550 sebelum pullback.

Categories: Unit Amanah

Pulangan Skim Sara 1Malaysia 12%

18 Januari 2012 2 comments

Berdasarkan maklumat yang diumumkan dalam dada akhbar minggu lalu. Skim Sara 1Malaysia akan memberikan pulangan sebanyak 12%. Ini sebenarnya agak lumayan memandangkan pulangan yang terjamin dan pelaburan tanpa risiko. Ia jauh lebih tinggi berbanding dividen ASB.

Pelaburan terhad maksimum RM5,000 sahaja. Selepas 5 tahun, pelaburan tersebut akan bertambah nilai kepada RM8,000, iaitu pulangan sebanyak 60% daripada modal asal, iaitu purata 12% setahun. Pelabur akan dibayar setiap bulan RM134. Jadi kepada isirumah yang layak iaitu pendapatan RM3,000 dan ke bawah, jangan lepaskan peluang ini. Kalau mereka yang layak tu tiada modal RM5,000 tu, kerajaan ada menawarkan pinjaman pula. Cuma saya tidak pasti mekanisme skim ini dilaksanakan. Apa yang pasti skim ini memperolehi keuntungan dengan melabur ke dana ASW2020.

Categories: Pelaburan, Unit Amanah

KLCI pada Paras Support 1510

17 Januari 2012 4 comments

Apa tindakan anda?

Saya berpendapat KLCI berada pada paras support 1510 yang kukuh. Target seterusnya adalah paras resistance lama 1530 dan kemudian  1550.

Petang ini akan switch semula ke dana ekuiti. Anda bagaimana?

Categories: Saham, Unit Amanah

Tarikh Lanjutan BR1M RM500

14 Januari 2012 Tinggalkan komen

Tarikh akhir penghantaran borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 telah dilanjutkan kepada 10 Februari 2012. Jadi masih ada kesempatan kepada yang mereka yang layak tapi belum menghantar borang tersebut.

Namun bagi mereka yang telah menghantar borang, pembayaran RM500 akan bermula pada 15 Januari 2012.

Petikan penuh BERNAMA:

Penerimaan borang BR1M dilanjutkan sehingga 10 Februari
2012/01/12

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama sebulan iaitu sehingga 10 Februari depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh berkenaan.

 Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sejumlah 4,123,713 borang BR1M sudah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.
 Daripada jumlah itu, katanya, 3,850,668 borang sudah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sehingga 10 Januari, juga, 3,102,054 permohonan sudah diluluskan.

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini.

“Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat,” katanya.
Kementerian Kewangan menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh didapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my).
- BERNAMA

Pembayaran BR1M mulai 15 Januari
2012/01/12

KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari ini dalam bentuk baucar tunai, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Husni berkata majlis penyerahan baucar kepada pemohon yang berjaya akan diadakan secara berperingkat-peringkat di seluruh negara.

 ”Ini bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar agar tiada keciciran kepada pemohon yang layak menerima bantuan,” katanya.
Ahmad Husni berkata, semua pemohon BR1M akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos.

“Dalam tempoh itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan,” katanya.

Pemohon juga, katanya, boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Januari ini.

Talian ini beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.
Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu.

Baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.

Tempoh sah laku baucar adalah sehingga 15 April tahun ini. – BERNAMA

Categories: Macam-macam

SARA 1Malaysia

13 Januari 2012 17 comments
Sejak akhir-akhir pelbagai bantuan diumumkan khasnya untuk golongan yang berpendapatan rendah. Yang terbaru Sara 1Malaysia.
Berdasarkan kiraan kasar, skim ini menawarkan pulangan yg agak lumayan juga.
1) Pendapatan terjamin iaitu RM134 sebulan untuk tempoh 5 tahun.
2) Modal RM5K, selepas 5 tahun ia jadi RM8K.
3) Peratus pulangan 60%, iaitu 12% setahun.
Petikan penuh BH Online:
SEBAHAGIAN daripada lebih 10,000 ribu pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat pada majlis pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. - Foto Rosdan Wahid

SEBAHAGIAN daripada lebih 10,000 ribu pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat pada majlis pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. – Foto Rosdan Wahid

Skim amanah khas bantu 100,000 isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

 Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia.

Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.
“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia… sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.

Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah

Categories: Macam-macam

BSB Timer

13 Januari 2012 Tinggalkan komen

Transaksi terkini untuk dana BSB Timer adalah pada 11 Jan 2012, apabila admin melakukan switching untuk semua unit daripada dana ekuiti Syariah Index ke dana bond As-Saad. Admin berpendapat probabiliti untuk KLCI pullback adalah lebih tinggi berbanding untuk KLCI terus naik ke arah utara.

Setakat ini prestasi dana agak baik, dan nilai dana kini telah dapat cover sepenuhnya kos belian 3.25%.

Untuk rekod 1) belian pertama adalah pada 9 Sep 2011 sebanyak 12K, dan 2) belian kedua pada 12 Dis 2011 sebanyak 8K. Jadi kesemuanya 20K.

Categories: Unit Amanah

KSGF Dana Unit Trust Terbaik 2011

9 Januari 2012 1 komen

Sekali lagi dana Unit Trust terbaik 2011 adalah dana Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) yang diuruskan oleh Kenanga Investors Berhad yang memberi pulangan sebanyak 15%. Ia jauh meninggalkan dana-dana lain. Ini diikuti oleh dana-dana bond yang memberi pulangan antara 4% hingga 9%.

Categories: Unit Amanah Label:,

Prestasi Unit Trust 2011

6 Januari 2012 Tinggalkan komen

Berikut adalah prestasi beberapa unit trust untuk tahun 2011 yang menyaksikan dana-dana bond memberikan prestasi yg lebih cemerlang berbanding dana ekuiti yang agak malap.

Dana Syariah Index memberikan pulangan 3.62% berbanding indeks KLCI -0.18%.

Dana PIEF memberikan pulangan yang lebih rendah drp EPF iaitu hanya 3%.

Agak malang bagi dana Public Ittikal yang memberikan pulangan negatif iaitu -1.6%.

Dana PBIEF jatuh teruk sehingga -3%.

Dana PISEF pula agak cemerlang dengan pulangan 10.1%.

Tahun lepas menyaksikan pulangan dana bond mengatasi dana ekuiti. Dana As-Saad misalnya memberikan pulangan 4.64% berbanding dana ekuiti Syariah Index yang hanya memberikan pulangan 3.62%.

Dana bond PIBF memberikan prestasi yang cemerlang dengan pulangan 7.6%, setanding dengan dividen ASB 7.65% (bonus 1.15 sen).

Dana paling cemerlang adalah dana bond PBIBF yang memberikan pulangan 9.32%.

Kesimpulannya, apabila pasaran saham merudum, prestasi dana bond akan lebih cemerlang berbanding dana ekuiti. Anda pula bagaimana?

Saya ada melabur dalam beberapa unit trust melalui skim pelaburan epf dan pulangannya agak sederhana sahaja dan ada yg mengalami kerugian sedikit.

1) Melalui dana PBIEF, modal awal adalah sebanyak RM22,268 pada 3 Jan 2011. Dana ini kemudiannya ditamatkan pada bulan Ogos 2011 dan pada ketika itu nilainya telah meningkat kepada RM24,792. Saya kemudiannya telah melaburkan semula dana ini melalui dana MAAKL Syariah Indeks sebanyak 12K pada bulan Sep 2011 dan 8K pada bulan Dis 2011, maknanya untuk bulan Okt dan Nov dana ini dapat dividen epf sebanyak 0.5% (RM80, andaian dividen epf sekitar 6%) untuk modal 8K. Untuk modal 20K ini, ia masih mengalami kerugian sebanyak RM128 kerana ia perlu menampung kos belian sebanyak 3.25% iaitu RM650. Pulangan mutlak untuk dana ini adalah 11.12%.

2) Melalui dana PIEF, modal awal adalah sebanyak RM5K pada Feb 2011 dan tambahan RM5K pada Jun 2011. Dana ini telah ditamatkan pada Ogos 2011 dengan nilai yang susut sedikit kepada RM9,499. Dana ini akan memperolehi dividen epf untuk 10K bagi Jan 2011 iaitu sebanyak RM50, dan untuk 5K bagi Feb hingga Mei 2011 adalah sebanyak RM100, serta untuk RM10K bagi Sep hingga Dis 2011 adalah sebanyak RM200. Jadi dana ini masih mengalami kerugian sebanyak RM151.

Secara keseluruhan, melalui skim pelaburan kwsp dana (1) dengan modal RM22,268 telah memberi pulangan sebanyak 11.12%, manakala dana (2) dengan modal RM10K telah susut kepada RM9,849 iaitu peratus pulangan -1.5%. Secara keseluruhan, skim pelaburan epf masih memperolehi keuntungan yang melebihi dividen kwsp.

Categories: Unit Amanah

Pelaburan Terbaik 2011

5 Januari 2012 6 comments

Apakah pelaburan terbaik tahun 2011?

Hasil undian blog BSB menunjukkan ramai pelabur iaitu 43% memilih emas. Dan ternyata pilihan majoriti pelabur ini salah, kerana tahun 2011 menyaksikan kenaikan harga emas yg sederhana. Malah masih ramai pelabur iaitu 20% yg kurang yakin dgn asb loan dan memilih pelaburan asb secara simpanan sendiri. Hanya 20% pelabur yg memilih teknik terbaik iaitu asb loan dan mereka mendapat laba yg sangat lumayan.

Saya yakin untuk tahun 2012, masih ramai yg akan memilih emas dan melabur asb melalui simpanan sendiri. Walaupun rekod 10 tahun yg lampau menunjukkan peratus pulangan asb loan telah mengatasi kesemua jenis pelaburan lain. Tahun 2012, saya tetap yakin asb loan akan terus cemerlang dengan pulangan sehingga 40%.

Categories: ASB
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 80 other followers