Arkib

Archive for 1 April 2008

Cara Pengiraan Keuntungan Unit Trust

1 April 2008 5 comments

Terima kasih kepada pembaca yang sudi memberikan komen dalam blog ini. Salah satu komen tersebut bertanyakan tentang cara mengira keuntungan unit trust.

Sebenarnya keuntungan melabur dalam unit trust dikira berdasarkan harga seunit semasa bagi dana tertentu. Sebagai contoh, seorang pelabur membeli 1,000 unit dalam dana Ittikal pada harga 50 sen, ini bermakna kos belian adalah RM500. Setahun kemudian harga terkini bagi seunit dana Ittikal meningkat kepada 80 sen. Ini bermakna pelabur tersebut telah memperolehi keuntungan 30 sen bagi setiap unit, iaitu keuntungan keseluruhan sebanyak RM300 (0.30 x 1,000 unit). Sebaliknya jika harga seunit turun kepada 40 sen, bermakna pelabur kerugian sebanyak 10 sen setiap unit iaitu sebanyak RM100 kerugian keseluruhan (0.10 x 1,000 unit).

Berbeza dengan dana yang unitnya berharga tetap seperti ASB (RM1 setiap unit). Keuntungan diperolehi melalui agihan dividen dan bonus yang biasanya diagihkan kepada pelabur pada setiap hujung tahun. Unit trust pula bergantung kepada keadaan pasaran saham semasa, yang secara langsung memberi kesan terhadap harga setiap unit bagi sesuatu dana unit amanah.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Klik Di Sini